Showing posts with label ceritera sahabat. Show all posts
Showing posts with label ceritera sahabat. Show all posts

Monday, August 9, 2010

ibrah perjalanan

Lama rasanya x menjenguk blog ni. Busy dgn urusan dunia mungkin. 
Jadi berusaha juga mencari ruang di celah kesibukan urusan dunia untuk bermuhasabah di blog ni.

Muhasabah perlu. Untuk suburkan balik semangat yg layu,

diri yg terlupa,

dan menimbang semula, sejauh mana bekalan yg ada untuk kehidupan selepas kehidupan ni.


Baru-baru ni, sy ikut 1 program family day. mula-mula, byk halangan utk pegi ke program tu. Tp dgn kehendakNya, smpai juga sy di tempat program, walaupun agak lewat dari jangkaan. Bagi sy, mesti ada sesuatu yg Allah nak tarbiyah sy dalam program tu sehingga Dia mengizinkan sy smpai ke sana

Hakikatnya begitulah. Allah tak pernah dan tak sesekali menjadikan sesuatu tanpa hikmah disebaliknya.

Walau pada setitis embun yg jatuh di atas daun.

Di sini, sy nak catatkan ibrah yg sy dapat dalam perjalanan, dan hikmah disebalik keberadaan sy di program tersebut.
Supaya suatu hari, kalau ditakdirkan sy terlupa dgn perkara ini, entry inilah yg sy harap dapat mengembalikan igtn sy insyaAllah


Berukhwah demi perjuangan

Ya, itulah yg sy nak kongsikan. Tentang ukhwah. Dan sy tau, sy bukanlah org yg selayaknya nk cakap tentang ukhwah. langsung tak layak. Tapi mungkin pengalaman sy ni boleh sy jadikan ibrah, untuk sy aplikasikan dalam hidup.

Mudah sebenarnya. Cuba tanya shbt anda, ape yg dia faham tentang ukhwah?

ukhwah tu, pada sahabat..

ukhwah tu, pada sangkaan yg baik..

ukhwah itu, demi perjuangan..

ukhwah itu, pada pengorbanan..

Tp, sejauh mn perlaksanaan?Tepuk dada, tnya iman. Ya, x perlu susah2 tunjuk jari pd org. Tengok pd diri yg bercakap. Sejauh mn perlaksanaannya?mmg jauh, jauh sgt. Pd selemah-lemah ukhwah pun belum tentu terlaksana lg.

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yg berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
al-hujurat : 10

Allah bagi sy peluang, utk lihat kesan ukhwah yg mantap dapat lahirkan generasi yg hebat.
Walaupun berbeza latar belakang, umur, jantina dan sebagainya. Dan ukhwah itu, bukan semata-mata mengharap org lain memahami kita. Tp kita sendiri perlu mula memahami org lain.

Itu kan rukun berusrah?

bertaaruf..tafahhum dan takaful..

Asas yg paling penting, mestinya pd akidahnya. Sebab atas matlamat yg satu tu juga kita bersaudara. 

Sy akui, banyak yg perlu diubah. Pd diri sendiri semestinya. 
Kalau perlu bermula dengan 1, sy akan mulakan dgn 1
sebab sy yakin ukhwah mantap berteraskan akidah tu bukan semata-mata pd percakapan..
tp sangat perlu pd perlaksanaan

Susah?sy akui, memang susah. Tapi ada jalan yg senang ke untuk ke syurga?

Monday, July 19, 2010

pemergian sahabat..

entry ni,mungkin entry yg paling x sanggup saye menaipnye..
seorg sahabat,juge kakak yg byk memberi kata2 semangat waktu saye mula2 dalam gerak kerja dakwah,xkan saye lupa sampai bila2..
almarhumah k.anis,menghembuskan nafas terakhir di hosp. Sg buloh semalam,
bersamaan 18 Julai 2010..

pemergiannya mmg satu kejutan. sedangkan minggu lepas saye baru bersembang-sembang dgn arwah..

insyaAllah...mungkin itulah yg terbaik utk beliau
pergi menemui Tuhannya dgn wajah yg tenang
saat pengebumian yg redup, bukti rahmat Allah terhadap arwah,insyaAllah..
semoga rohnya disambut seluruh penduduk langit 

tinggal kami,meneruskan usaha dakwah yg gigih beliau lakukan semasa hayatnya
perjuangan perlu diteruskan, kerana kematian itu satu kepastian



Friday, July 16, 2010

semoga cepat sembuh!

Td tgh dok study,tibe2 dapat mesej.
Pendek. Tapi dh cukup buat jantung rase nk tercabut.

"anis skrg brada di ICU sg.buloh sbb denggi..
dia still dialisis..
doc ckp peluang hnya 30%..
tolong sume doakan.."

........

speechless...baru jmpe minggu lepas..