Friday, July 23, 2010

itu bukan perhiasan!

Apa khabar iman kita hari ni? moga hari ni lebih baik dari semalam..

akhir-akhir ni, kita dapat lihat semakin ramai yg sedar untuk kembali kepada Islam yg sebenar. Islam yg sebenar ye,yg mengambil al-quran dan al-sunnah sbg rujukan utama..

memang sesuatu yg menyenangkan hati bila bersama dgn mereka yg menjadikan Islam sebagai cara hidup. 1st impression, pemakaianlah selalunya yg menjadi kayu ukur utk kita menilai seseorang

secara peribadi, sebenarnya sy sgt memandang tinggi mereka yg bertudung labuh (terutama yg bertudung bulat) dan mereka yg memakai kopiah, apalagi yg memakai serban


tp,teramat malanglah sekiranya ada yg menjadikan kopiah, tdung labuh dan seumpamanya untuk mengaburi mata orang lain tentang sikap sebenarnya yg tersembunyi..

baiklah,sy tak berniat menimbulkan kontroversi. Straight to da titik, saya kongsikan pengalaman..

Dah jadi satu kebiasaan,pergaulan di dalam makmal amali selalunya agak tidak terbatas. maklumlah, pastinya kaum lelaki lebih mahir dalam bidang pasang-memasang komponen dan sebagainya. Dalam makmal pg td, sy bersyukur kerana technician yg bertugas nampak ok (secara zahirnya. mcm yg sy cakap, 1st impression).Lengkap dengan kopiah dan berbaju melayu. Niat baik, nak membantu kami kaum hawa yg agak slow sikit utk construct circuit. Tp alangkah sakitnya hati, bila dgn selambe+rs tak bersalahnya, seselambe dia nak pegang2. Dengan selambe jugak dia berdiri sebelah sedekat-dekatnya macam lab tu satu kaki persegi. Kopiah, itu bukan perhiasan!

Pengalaman lain, waktu dalam bas. Sorg pakcik ni pun, seperti yg digambarkan di atas. Malangnya, pakcik ni tanpa rs segan silu bersembang dgn driver bas tentang hal2 yg tak sepatutnya diceritakan kepada umum(dgn nada yg kuat). bukan tu shj, dia berkelakuan tak senonoh dgn seorg perempuan india yg duduk di sebelah dia. Teringin sekali sy nak menjerit,"PAKCIK,kopiah tu bukan perhiasan!"

Banyak lagi pengalaman2 yg tak dapat sy kongsikan di sini. Tp cukuplah 2 kisah ni utk dijadikan pengajaran buat diri sy terutamanya. Bila mn kita membawa identiti Islam, akhlak Islam juga perlu ditonjolkan. Identiti Islam bukan hanya perhiasan. Jangan pula kita menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Cukuplah begitu ramai org Islam yg hanya Islam di kad pengenalannya. Jgn pula yg membawa identiti Islam, hanya Islam pd identitinya

Sama2 lah kita kembalikan kegemilangan Islam. Islam pernah agung, dan akan kembali agung semestinya. Dan kitalah mata2 rantai utk mengembalikan kegemilangan Islam demi kepentingan umat sejagat. Wallahualam..

Wednesday, July 21, 2010

hikmah ujian

Sejak kehilangan salah seorang sahabat, banyak sekali air mata yg tumpah


bukan kerana meratapi pemergiannya..
bukan juga sekadar merasai kekosongan tanpa kehadirannya..


tapi menginsafi hikmah disebalik pemergiannya..


sepanjang Allah mengurniakan 21 tahun kehidupan kepada sy, rasanya inilah saat dan waktu di mana sy merasakan maut benar2 hampir dgn diri yg daif dan penuh dosa ini..






Dan terfikir...


...sejauh mn diri ini bersedia untuk menghadapi saat tu
...sebanyak mn amalan yg telah dilakukan untuk mnyelamatkan diri drpd azab     kubur dan api neraka
...tertunaikah sudah segala yg dah dipertanggungjawabkan
...dan byk lg persoalan yg timbul




Sy sgt2 bersyukur,
baru tersedar, rupanya air mata ni sudah lama membeku
dr menangisi setiap dosa yg dilakukan..


"bekunya air mata, kerana kerasnya hati..
dan kerasnya hati, kerana byknya dosa.."




Allah...


terasa kerdilnya diri. selalu melupakan PENCIPTAnya..
teguran yg sangat halus dr Allah


tak dapat dibayangkan
andai maut menyapa saat diri bergelumang dgn dosa




Ya Allah,
ampunkan dosa2ku..
tetapkan aku pd jalanMu..







Monday, July 19, 2010

pemergian sahabat..

entry ni,mungkin entry yg paling x sanggup saye menaipnye..
seorg sahabat,juge kakak yg byk memberi kata2 semangat waktu saye mula2 dalam gerak kerja dakwah,xkan saye lupa sampai bila2..
almarhumah k.anis,menghembuskan nafas terakhir di hosp. Sg buloh semalam,
bersamaan 18 Julai 2010..

pemergiannya mmg satu kejutan. sedangkan minggu lepas saye baru bersembang-sembang dgn arwah..

insyaAllah...mungkin itulah yg terbaik utk beliau
pergi menemui Tuhannya dgn wajah yg tenang
saat pengebumian yg redup, bukti rahmat Allah terhadap arwah,insyaAllah..
semoga rohnya disambut seluruh penduduk langit 

tinggal kami,meneruskan usaha dakwah yg gigih beliau lakukan semasa hayatnya
perjuangan perlu diteruskan, kerana kematian itu satu kepastian



Friday, July 16, 2010

semoga cepat sembuh!

Td tgh dok study,tibe2 dapat mesej.
Pendek. Tapi dh cukup buat jantung rase nk tercabut.

"anis skrg brada di ICU sg.buloh sbb denggi..
dia still dialisis..
doc ckp peluang hnya 30%..
tolong sume doakan.."

........

speechless...baru jmpe minggu lepas..

Thursday, July 15, 2010

testing!testing!



ok,ni blog yg ke-3 sepanjang sy buat blog
huhu..agak2 berape lame lah blog ni boleh bertahan (-_-)'
nway,kalau free semestinye akan diupdate~ (hopefully..haha)
stakat ni dulu~