Thursday, December 9, 2010

updated!

Alhamdulillah..selamat sudah kenduri kesyukuran anak sdare sy yg ke-3 hari ni. huh! mmg penat. rase macam keje contract pulak.. (-_-)'


hehe..ni sekadar gambar hiasan je. cute baby nih. baby in pink~ (",
Haish...td tgh dok bizi2 buat keje, tibe2 1 soalan sensitip menerjah..

"kamu dh kawen?"

mak aih..tadak soalan super power lagi ke? cube la tanye sy ni sehat ke x, belajar camane ke. ini tanye soalan luar galaksi punye. hadoih... sengih jela

haha.. pelik jugak la. umor baru 20++, tp soalan tu dh macam soalan wajib. haiyo.. ingat kawen macam main masak2 ke? ni lifetime punye story taw. tarak main2 punya..

okeh, abaikan la pasal2 kawen ni. (tutup kes!! hhaha)

Baru2 ni, alhamdulillah sy berpeluang join 1 program baktisiswa kat selayang. Memang seronok, dan satu pengalaman baru. sebelum ni memang x penah join program2 anak angkat ni. So tibe2 sudah ade 2 family. Bertambah family, bermakna tugas dakwah jg makin bertambah.. (dan semestinye dakwah tu perlu disebarkan pd smua org ok ;] )

Dakwah?
satu perkataan sinonim, tp satu waktu dl adalah perkataan yg sgt asing dalam diri ni. Alhamdulillah, Allah yg Maha Penyayang tunjukkan jalan yg sebenar-benarnya pd sy, dan buka mata dan hati sy sehingga perkataan dakwah bukanlah janggal lg pd pendengaran ni

Cuma..ya. Kadang2 memperkatakan lebih senang dari melakukan. Dakwah menagih kesabaran yg bukan sikit. Dan mujahadah juga perlu sebagai pemangkin untuk merealisasikan qudwah hasanah yg diajar Rasulullah s.a.w kpd umat kesayangannya-sbg suatu yg wajib pd diri seorang dai'e.

Bila kenang masyarakat sekeliling, terasa beban dakwah tu teramat berat untuk dipikul. Tp x dinafikan, sangat2 nak tengok syiar Islam tertegak kat bumi tercinta ni. Tp mn mungkin terbentuk sebuah empayar Islam yg hebat kalau x bermula dengan seorang individu muslim kan~tu la persoalannye. hm..am I a good muslim?? (-_-)'

Aihh...cuti2 ni, hati jd banyak lalai. Ujian jugak tu. Ya Allah..I really miss da program2. hmm.. Nak ubat rindu n kasi hati ni cair ckit, so sy pun layan la ceramah ust azhar idrus online.. at least I got sumthing for spiritual. huhu..

Rase macam post ni rojak pulak. ape2 la ye. Actually dah more than fortnight I tried to post sumthing kat blog ni. tp tiap kali nak taip, suddenly got blank~juz tryin' to be more istiqamah la pasni utk mengupdate blog. At least bleh reflek balik ape yg sy dh buat disamping muhasabah ape yg dh berlaku. ganbatte! ok, enough dl kot. pen-off..    







Monday, September 13, 2010

::Raye m0de::


owh, dah bersawang rupenye blog ni. lama dah tak berupdate. 
Dah memasuki raya ke-4 dh pun. Haha.. belum terlambat kot nak wish~


"SELAMAT HARI RAYA!"

Tak ingat ni raya ke berapa selama sy hidup nih. Tapi ape pun, terasa puasa tahun ni lebih bermakna berbanding puasa2 yg lepas. Moga yg terbaik InsyaAllah..
(Tapi duet raya tahun ni merosot. haish..perlu ke kemerosotan ekonomi memerosotkan duet raye sy jugak?ish3..)

Alhamdulillah jugak tahun ni berkesempatan untuk bersolat hari raya. Walaupun pagi raya hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. Pakai payung serupa tak pakai payung. Tapi..hujan tu kan rahmat.. huhu.. rahmat di pagi raya hari jumaat

Imbas balik isi2 khutbah raya hari tu. Menyentuh berkenaan orang yang mampu menahan kemarahan di waktu dia mampu buat sedemikian, dan orang yg beri kemaafan kepada orang lain akan pastinya disayangi Allah.

Subhanallah...

Sy sangat kagum dengan orang2 yang penyabar ni. sebab waktu marah, susah kita nak mengawal perasaan. Jadi, boleh bayangkan bertapa bijaknya mereka yang penyabar ni mengawal perasaan?~ Sy juga ingin berusaha menjadi seorg yang penyabar, InsyaAllah..

Ok, sekadar peringatan untuk diri yg sentiasa alpa ni. Moga hadir Aidilfitri kali ni, berjaya menjadikan sy yang lebih baik

Ish, tapi bila ingat dh nak abis cuti, rasa macam tak nak balik kampus lak. Aduih...perjuangan perlu diteruskan. Gambatte!!




Wednesday, August 11, 2010

~Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan~

::HARAPAN RAMADHAN::

..moga hadirnya, membangunkan jiwa..
..moga ibadah padanya, meningkatkan taqwa..
..moga kedatangannya, tidak sia-sia..
moga dengannya, tersungkur nafsu segala..

..moga ianya, pemula sebuah kehidupan..
..kehidupan yg jauh dari kemaksiatan..
..kehidupan yg jauh dari kemungkaran..
..kehidupan yg penuh keberkatan..

..tidak aku bertuhankan ramadhan..
..tapi madrasah ramadhan sebuah medan pentarbiyahan..
..mentarbiyah jiwa-jiwa insan..
..yg rindukan pertemuan dengan tuhan..

..moga pengakhirannya kuperoleh keampunan..
..dan diterima segala amalan..
..kerana tidak kuketahui..
..akankah kita bertemu lagi..

SALAM RAMADHAN (^_^)Y



Monday, August 9, 2010

ibrah perjalanan

Lama rasanya x menjenguk blog ni. Busy dgn urusan dunia mungkin. 
Jadi berusaha juga mencari ruang di celah kesibukan urusan dunia untuk bermuhasabah di blog ni.

Muhasabah perlu. Untuk suburkan balik semangat yg layu,

diri yg terlupa,

dan menimbang semula, sejauh mana bekalan yg ada untuk kehidupan selepas kehidupan ni.


Baru-baru ni, sy ikut 1 program family day. mula-mula, byk halangan utk pegi ke program tu. Tp dgn kehendakNya, smpai juga sy di tempat program, walaupun agak lewat dari jangkaan. Bagi sy, mesti ada sesuatu yg Allah nak tarbiyah sy dalam program tu sehingga Dia mengizinkan sy smpai ke sana

Hakikatnya begitulah. Allah tak pernah dan tak sesekali menjadikan sesuatu tanpa hikmah disebaliknya.

Walau pada setitis embun yg jatuh di atas daun.

Di sini, sy nak catatkan ibrah yg sy dapat dalam perjalanan, dan hikmah disebalik keberadaan sy di program tersebut.
Supaya suatu hari, kalau ditakdirkan sy terlupa dgn perkara ini, entry inilah yg sy harap dapat mengembalikan igtn sy insyaAllah


Berukhwah demi perjuangan

Ya, itulah yg sy nak kongsikan. Tentang ukhwah. Dan sy tau, sy bukanlah org yg selayaknya nk cakap tentang ukhwah. langsung tak layak. Tapi mungkin pengalaman sy ni boleh sy jadikan ibrah, untuk sy aplikasikan dalam hidup.

Mudah sebenarnya. Cuba tanya shbt anda, ape yg dia faham tentang ukhwah?

ukhwah tu, pada sahabat..

ukhwah tu, pada sangkaan yg baik..

ukhwah itu, demi perjuangan..

ukhwah itu, pada pengorbanan..

Tp, sejauh mn perlaksanaan?Tepuk dada, tnya iman. Ya, x perlu susah2 tunjuk jari pd org. Tengok pd diri yg bercakap. Sejauh mn perlaksanaannya?mmg jauh, jauh sgt. Pd selemah-lemah ukhwah pun belum tentu terlaksana lg.

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yg berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
al-hujurat : 10

Allah bagi sy peluang, utk lihat kesan ukhwah yg mantap dapat lahirkan generasi yg hebat.
Walaupun berbeza latar belakang, umur, jantina dan sebagainya. Dan ukhwah itu, bukan semata-mata mengharap org lain memahami kita. Tp kita sendiri perlu mula memahami org lain.

Itu kan rukun berusrah?

bertaaruf..tafahhum dan takaful..

Asas yg paling penting, mestinya pd akidahnya. Sebab atas matlamat yg satu tu juga kita bersaudara. 

Sy akui, banyak yg perlu diubah. Pd diri sendiri semestinya. 
Kalau perlu bermula dengan 1, sy akan mulakan dgn 1
sebab sy yakin ukhwah mantap berteraskan akidah tu bukan semata-mata pd percakapan..
tp sangat perlu pd perlaksanaan

Susah?sy akui, memang susah. Tapi ada jalan yg senang ke untuk ke syurga?

Monday, August 2, 2010

Tenanglah jiwa,damailah hati..

 
Sudahlah. Jangan bersedih. Allah ada. Walaupun seluruh manusia meninggalkan kita.

Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.
 
Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.
 
Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya.
 
Di sinilah kita perlu memujuk diri.
 
Tenanglah jiwa, damailah hati.


Rasa keperluan untuk berpaut?
Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.
 
Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.
Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.
Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?
 
“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.
 
Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita.
 
Rupanya, Allah sentiasa ada.
 
Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNya.


Tenanglah jiwa

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.
 
Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.
 
Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam da digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.
 
“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah 
Ad-Dhuha ayat 3.
 
MasyaAllah…
Tuhanmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula Dia membenci.
Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas. Dia ingin kita kembali kepadaNya, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah Yang Maha Besar itu. Allah Yang Maha Hebat itu. Allah Yang Tiada Tandingan itu. Allah Yang Maha Kaya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Menciptakan Segalanya itu.
 
Tidakkah jiwa terasa tenang?


Damailah hati

Tekanan itu milik Allah. Cabaran itu datangnya daripada Allah. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.
 
Allah ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNya yang terbaik.
 
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Surah Al-Mulk ayat 2.
 
Tetapi Dia tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.
 
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,?Surah Asy-Syarh ayat 1-3.
 
Bukankah Kami yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyaAllah…
 
Allah, Allah, Allah.
 
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Surah Asy-Syarh ayat 5-6.
 
Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.
 
Percayalah.


Penutup: Sudah.

Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.
 
Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.
 
Tetapi Allah tidak demikian. Dia paling memahami. Dia paling mengetahui. Dia mendengar semua rintihan. Dia memberikan bantuan.
 
Sudah.
 
Tenanglah jiwa, damailah hati.
 
Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.
 
Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi 
serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.




Sumber : http://ms.langitilahi.com/

Friday, July 23, 2010

itu bukan perhiasan!

Apa khabar iman kita hari ni? moga hari ni lebih baik dari semalam..

akhir-akhir ni, kita dapat lihat semakin ramai yg sedar untuk kembali kepada Islam yg sebenar. Islam yg sebenar ye,yg mengambil al-quran dan al-sunnah sbg rujukan utama..

memang sesuatu yg menyenangkan hati bila bersama dgn mereka yg menjadikan Islam sebagai cara hidup. 1st impression, pemakaianlah selalunya yg menjadi kayu ukur utk kita menilai seseorang

secara peribadi, sebenarnya sy sgt memandang tinggi mereka yg bertudung labuh (terutama yg bertudung bulat) dan mereka yg memakai kopiah, apalagi yg memakai serban


tp,teramat malanglah sekiranya ada yg menjadikan kopiah, tdung labuh dan seumpamanya untuk mengaburi mata orang lain tentang sikap sebenarnya yg tersembunyi..

baiklah,sy tak berniat menimbulkan kontroversi. Straight to da titik, saya kongsikan pengalaman..

Dah jadi satu kebiasaan,pergaulan di dalam makmal amali selalunya agak tidak terbatas. maklumlah, pastinya kaum lelaki lebih mahir dalam bidang pasang-memasang komponen dan sebagainya. Dalam makmal pg td, sy bersyukur kerana technician yg bertugas nampak ok (secara zahirnya. mcm yg sy cakap, 1st impression).Lengkap dengan kopiah dan berbaju melayu. Niat baik, nak membantu kami kaum hawa yg agak slow sikit utk construct circuit. Tp alangkah sakitnya hati, bila dgn selambe+rs tak bersalahnya, seselambe dia nak pegang2. Dengan selambe jugak dia berdiri sebelah sedekat-dekatnya macam lab tu satu kaki persegi. Kopiah, itu bukan perhiasan!

Pengalaman lain, waktu dalam bas. Sorg pakcik ni pun, seperti yg digambarkan di atas. Malangnya, pakcik ni tanpa rs segan silu bersembang dgn driver bas tentang hal2 yg tak sepatutnya diceritakan kepada umum(dgn nada yg kuat). bukan tu shj, dia berkelakuan tak senonoh dgn seorg perempuan india yg duduk di sebelah dia. Teringin sekali sy nak menjerit,"PAKCIK,kopiah tu bukan perhiasan!"

Banyak lagi pengalaman2 yg tak dapat sy kongsikan di sini. Tp cukuplah 2 kisah ni utk dijadikan pengajaran buat diri sy terutamanya. Bila mn kita membawa identiti Islam, akhlak Islam juga perlu ditonjolkan. Identiti Islam bukan hanya perhiasan. Jangan pula kita menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Cukuplah begitu ramai org Islam yg hanya Islam di kad pengenalannya. Jgn pula yg membawa identiti Islam, hanya Islam pd identitinya

Sama2 lah kita kembalikan kegemilangan Islam. Islam pernah agung, dan akan kembali agung semestinya. Dan kitalah mata2 rantai utk mengembalikan kegemilangan Islam demi kepentingan umat sejagat. Wallahualam..

Wednesday, July 21, 2010

hikmah ujian

Sejak kehilangan salah seorang sahabat, banyak sekali air mata yg tumpah


bukan kerana meratapi pemergiannya..
bukan juga sekadar merasai kekosongan tanpa kehadirannya..


tapi menginsafi hikmah disebalik pemergiannya..


sepanjang Allah mengurniakan 21 tahun kehidupan kepada sy, rasanya inilah saat dan waktu di mana sy merasakan maut benar2 hampir dgn diri yg daif dan penuh dosa ini..






Dan terfikir...


...sejauh mn diri ini bersedia untuk menghadapi saat tu
...sebanyak mn amalan yg telah dilakukan untuk mnyelamatkan diri drpd azab     kubur dan api neraka
...tertunaikah sudah segala yg dah dipertanggungjawabkan
...dan byk lg persoalan yg timbul




Sy sgt2 bersyukur,
baru tersedar, rupanya air mata ni sudah lama membeku
dr menangisi setiap dosa yg dilakukan..


"bekunya air mata, kerana kerasnya hati..
dan kerasnya hati, kerana byknya dosa.."




Allah...


terasa kerdilnya diri. selalu melupakan PENCIPTAnya..
teguran yg sangat halus dr Allah


tak dapat dibayangkan
andai maut menyapa saat diri bergelumang dgn dosa




Ya Allah,
ampunkan dosa2ku..
tetapkan aku pd jalanMu..







Monday, July 19, 2010

pemergian sahabat..

entry ni,mungkin entry yg paling x sanggup saye menaipnye..
seorg sahabat,juge kakak yg byk memberi kata2 semangat waktu saye mula2 dalam gerak kerja dakwah,xkan saye lupa sampai bila2..
almarhumah k.anis,menghembuskan nafas terakhir di hosp. Sg buloh semalam,
bersamaan 18 Julai 2010..

pemergiannya mmg satu kejutan. sedangkan minggu lepas saye baru bersembang-sembang dgn arwah..

insyaAllah...mungkin itulah yg terbaik utk beliau
pergi menemui Tuhannya dgn wajah yg tenang
saat pengebumian yg redup, bukti rahmat Allah terhadap arwah,insyaAllah..
semoga rohnya disambut seluruh penduduk langit 

tinggal kami,meneruskan usaha dakwah yg gigih beliau lakukan semasa hayatnya
perjuangan perlu diteruskan, kerana kematian itu satu kepastian



Friday, July 16, 2010

semoga cepat sembuh!

Td tgh dok study,tibe2 dapat mesej.
Pendek. Tapi dh cukup buat jantung rase nk tercabut.

"anis skrg brada di ICU sg.buloh sbb denggi..
dia still dialisis..
doc ckp peluang hnya 30%..
tolong sume doakan.."

........

speechless...baru jmpe minggu lepas..

Thursday, July 15, 2010

testing!testing!



ok,ni blog yg ke-3 sepanjang sy buat blog
huhu..agak2 berape lame lah blog ni boleh bertahan (-_-)'
nway,kalau free semestinye akan diupdate~ (hopefully..haha)
stakat ni dulu~