Monday, September 13, 2010

::Raye m0de::


owh, dah bersawang rupenye blog ni. lama dah tak berupdate. 
Dah memasuki raya ke-4 dh pun. Haha.. belum terlambat kot nak wish~


"SELAMAT HARI RAYA!"

Tak ingat ni raya ke berapa selama sy hidup nih. Tapi ape pun, terasa puasa tahun ni lebih bermakna berbanding puasa2 yg lepas. Moga yg terbaik InsyaAllah..
(Tapi duet raya tahun ni merosot. haish..perlu ke kemerosotan ekonomi memerosotkan duet raye sy jugak?ish3..)

Alhamdulillah jugak tahun ni berkesempatan untuk bersolat hari raya. Walaupun pagi raya hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. Pakai payung serupa tak pakai payung. Tapi..hujan tu kan rahmat.. huhu.. rahmat di pagi raya hari jumaat

Imbas balik isi2 khutbah raya hari tu. Menyentuh berkenaan orang yang mampu menahan kemarahan di waktu dia mampu buat sedemikian, dan orang yg beri kemaafan kepada orang lain akan pastinya disayangi Allah.

Subhanallah...

Sy sangat kagum dengan orang2 yang penyabar ni. sebab waktu marah, susah kita nak mengawal perasaan. Jadi, boleh bayangkan bertapa bijaknya mereka yang penyabar ni mengawal perasaan?~ Sy juga ingin berusaha menjadi seorg yang penyabar, InsyaAllah..

Ok, sekadar peringatan untuk diri yg sentiasa alpa ni. Moga hadir Aidilfitri kali ni, berjaya menjadikan sy yang lebih baik

Ish, tapi bila ingat dh nak abis cuti, rasa macam tak nak balik kampus lak. Aduih...perjuangan perlu diteruskan. Gambatte!!