Wednesday, August 11, 2010

~Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan~

::HARAPAN RAMADHAN::

..moga hadirnya, membangunkan jiwa..
..moga ibadah padanya, meningkatkan taqwa..
..moga kedatangannya, tidak sia-sia..
moga dengannya, tersungkur nafsu segala..

..moga ianya, pemula sebuah kehidupan..
..kehidupan yg jauh dari kemaksiatan..
..kehidupan yg jauh dari kemungkaran..
..kehidupan yg penuh keberkatan..

..tidak aku bertuhankan ramadhan..
..tapi madrasah ramadhan sebuah medan pentarbiyahan..
..mentarbiyah jiwa-jiwa insan..
..yg rindukan pertemuan dengan tuhan..

..moga pengakhirannya kuperoleh keampunan..
..dan diterima segala amalan..
..kerana tidak kuketahui..
..akankah kita bertemu lagi..

SALAM RAMADHAN (^_^)Y



Monday, August 9, 2010

ibrah perjalanan

Lama rasanya x menjenguk blog ni. Busy dgn urusan dunia mungkin. 
Jadi berusaha juga mencari ruang di celah kesibukan urusan dunia untuk bermuhasabah di blog ni.

Muhasabah perlu. Untuk suburkan balik semangat yg layu,

diri yg terlupa,

dan menimbang semula, sejauh mana bekalan yg ada untuk kehidupan selepas kehidupan ni.


Baru-baru ni, sy ikut 1 program family day. mula-mula, byk halangan utk pegi ke program tu. Tp dgn kehendakNya, smpai juga sy di tempat program, walaupun agak lewat dari jangkaan. Bagi sy, mesti ada sesuatu yg Allah nak tarbiyah sy dalam program tu sehingga Dia mengizinkan sy smpai ke sana

Hakikatnya begitulah. Allah tak pernah dan tak sesekali menjadikan sesuatu tanpa hikmah disebaliknya.

Walau pada setitis embun yg jatuh di atas daun.

Di sini, sy nak catatkan ibrah yg sy dapat dalam perjalanan, dan hikmah disebalik keberadaan sy di program tersebut.
Supaya suatu hari, kalau ditakdirkan sy terlupa dgn perkara ini, entry inilah yg sy harap dapat mengembalikan igtn sy insyaAllah


Berukhwah demi perjuangan

Ya, itulah yg sy nak kongsikan. Tentang ukhwah. Dan sy tau, sy bukanlah org yg selayaknya nk cakap tentang ukhwah. langsung tak layak. Tapi mungkin pengalaman sy ni boleh sy jadikan ibrah, untuk sy aplikasikan dalam hidup.

Mudah sebenarnya. Cuba tanya shbt anda, ape yg dia faham tentang ukhwah?

ukhwah tu, pada sahabat..

ukhwah tu, pada sangkaan yg baik..

ukhwah itu, demi perjuangan..

ukhwah itu, pada pengorbanan..

Tp, sejauh mn perlaksanaan?Tepuk dada, tnya iman. Ya, x perlu susah2 tunjuk jari pd org. Tengok pd diri yg bercakap. Sejauh mn perlaksanaannya?mmg jauh, jauh sgt. Pd selemah-lemah ukhwah pun belum tentu terlaksana lg.

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yg berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
al-hujurat : 10

Allah bagi sy peluang, utk lihat kesan ukhwah yg mantap dapat lahirkan generasi yg hebat.
Walaupun berbeza latar belakang, umur, jantina dan sebagainya. Dan ukhwah itu, bukan semata-mata mengharap org lain memahami kita. Tp kita sendiri perlu mula memahami org lain.

Itu kan rukun berusrah?

bertaaruf..tafahhum dan takaful..

Asas yg paling penting, mestinya pd akidahnya. Sebab atas matlamat yg satu tu juga kita bersaudara. 

Sy akui, banyak yg perlu diubah. Pd diri sendiri semestinya. 
Kalau perlu bermula dengan 1, sy akan mulakan dgn 1
sebab sy yakin ukhwah mantap berteraskan akidah tu bukan semata-mata pd percakapan..
tp sangat perlu pd perlaksanaan

Susah?sy akui, memang susah. Tapi ada jalan yg senang ke untuk ke syurga?

Monday, August 2, 2010

Tenanglah jiwa,damailah hati..

 
Sudahlah. Jangan bersedih. Allah ada. Walaupun seluruh manusia meninggalkan kita.

Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.
 
Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.
 
Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya.
 
Di sinilah kita perlu memujuk diri.
 
Tenanglah jiwa, damailah hati.


Rasa keperluan untuk berpaut?
Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.
 
Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.
Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.
Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?
 
“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.
 
Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita.
 
Rupanya, Allah sentiasa ada.
 
Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNya.


Tenanglah jiwa

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.
 
Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.
 
Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam da digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.
 
“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah 
Ad-Dhuha ayat 3.
 
MasyaAllah…
Tuhanmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula Dia membenci.
Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas. Dia ingin kita kembali kepadaNya, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah Yang Maha Besar itu. Allah Yang Maha Hebat itu. Allah Yang Tiada Tandingan itu. Allah Yang Maha Kaya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Menciptakan Segalanya itu.
 
Tidakkah jiwa terasa tenang?


Damailah hati

Tekanan itu milik Allah. Cabaran itu datangnya daripada Allah. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.
 
Allah ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNya yang terbaik.
 
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Surah Al-Mulk ayat 2.
 
Tetapi Dia tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.
 
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,?Surah Asy-Syarh ayat 1-3.
 
Bukankah Kami yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyaAllah…
 
Allah, Allah, Allah.
 
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Surah Asy-Syarh ayat 5-6.
 
Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.
 
Percayalah.


Penutup: Sudah.

Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.
 
Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.
 
Tetapi Allah tidak demikian. Dia paling memahami. Dia paling mengetahui. Dia mendengar semua rintihan. Dia memberikan bantuan.
 
Sudah.
 
Tenanglah jiwa, damailah hati.
 
Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.
 
Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi 
serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.




Sumber : http://ms.langitilahi.com/