Friday, July 23, 2010

itu bukan perhiasan!

Apa khabar iman kita hari ni? moga hari ni lebih baik dari semalam..

akhir-akhir ni, kita dapat lihat semakin ramai yg sedar untuk kembali kepada Islam yg sebenar. Islam yg sebenar ye,yg mengambil al-quran dan al-sunnah sbg rujukan utama..

memang sesuatu yg menyenangkan hati bila bersama dgn mereka yg menjadikan Islam sebagai cara hidup. 1st impression, pemakaianlah selalunya yg menjadi kayu ukur utk kita menilai seseorang

secara peribadi, sebenarnya sy sgt memandang tinggi mereka yg bertudung labuh (terutama yg bertudung bulat) dan mereka yg memakai kopiah, apalagi yg memakai serban


tp,teramat malanglah sekiranya ada yg menjadikan kopiah, tdung labuh dan seumpamanya untuk mengaburi mata orang lain tentang sikap sebenarnya yg tersembunyi..

baiklah,sy tak berniat menimbulkan kontroversi. Straight to da titik, saya kongsikan pengalaman..

Dah jadi satu kebiasaan,pergaulan di dalam makmal amali selalunya agak tidak terbatas. maklumlah, pastinya kaum lelaki lebih mahir dalam bidang pasang-memasang komponen dan sebagainya. Dalam makmal pg td, sy bersyukur kerana technician yg bertugas nampak ok (secara zahirnya. mcm yg sy cakap, 1st impression).Lengkap dengan kopiah dan berbaju melayu. Niat baik, nak membantu kami kaum hawa yg agak slow sikit utk construct circuit. Tp alangkah sakitnya hati, bila dgn selambe+rs tak bersalahnya, seselambe dia nak pegang2. Dengan selambe jugak dia berdiri sebelah sedekat-dekatnya macam lab tu satu kaki persegi. Kopiah, itu bukan perhiasan!

Pengalaman lain, waktu dalam bas. Sorg pakcik ni pun, seperti yg digambarkan di atas. Malangnya, pakcik ni tanpa rs segan silu bersembang dgn driver bas tentang hal2 yg tak sepatutnya diceritakan kepada umum(dgn nada yg kuat). bukan tu shj, dia berkelakuan tak senonoh dgn seorg perempuan india yg duduk di sebelah dia. Teringin sekali sy nak menjerit,"PAKCIK,kopiah tu bukan perhiasan!"

Banyak lagi pengalaman2 yg tak dapat sy kongsikan di sini. Tp cukuplah 2 kisah ni utk dijadikan pengajaran buat diri sy terutamanya. Bila mn kita membawa identiti Islam, akhlak Islam juga perlu ditonjolkan. Identiti Islam bukan hanya perhiasan. Jangan pula kita menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Cukuplah begitu ramai org Islam yg hanya Islam di kad pengenalannya. Jgn pula yg membawa identiti Islam, hanya Islam pd identitinya

Sama2 lah kita kembalikan kegemilangan Islam. Islam pernah agung, dan akan kembali agung semestinya. Dan kitalah mata2 rantai utk mengembalikan kegemilangan Islam demi kepentingan umat sejagat. Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment